Kanak-kanak tersesat di Rumah Putih, diselamatkan Perkhidmatan Rahsia - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tersesat di Rumah Putih, diselamatkan Perkhidmatan Rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak mencetuskan kekecohan apabila terlepas masuk ke kawasan Rumah Putih selepas menyelinap melalui pagar di bahagian North Lawn, sebelum diselamatkan oleh anggota Perkhidmatan Rahsia, semalam.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Anthony Guglielmi, dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berlaku sekitar 6.30 petang waktu tempatan, kira-kira sejam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan rancangan tarif baharu terhadap industri automotif dari Pejabat Oval.

“Anggota kami bertindak pantas dan segera menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu bapanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang pegawai keselamatan bersenjata menggendong kanak-kanak tersebut, yang memakai baju sejuk bertudung biru, sebelum menyerahkannya kepada seorang lagi pegawai Secret Service.

Ini bukan kali pertama insiden seumpama itu berlaku.

Pada tahun 2023, seorang kanak-kanak turut menyelinap masuk melalui pagar logam di kawasan sama sebelum diserahkan kembali kepada ibu bapanya, yang kemudiannya ditemu siasat secara ringkas oleh pihak berkuasa. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya