WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky meletak jawatan sekiranya rundingan damai dapat dilaksanakan.
Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Mike Waltz berkata, Washington memerlukan pemimpin yang boleh berunding, termasuk dengan Russia sekali gus menamatkan perang yang berlaku.
“Jika faktor motivasi yang bersifat peribadi atau pun politik Zelensky berbeza daripada matlamat untuk menamatkan perang ini, maka saya fikir ia adalah isu yang lebih besar,” katanya kepada CNN.
Sebelum ini, pertemuan Presiden Donald Trump dengan Zelensky mendapat perhatian seluruh dunia apabila kedua-dua pemimpin itu saling ‘bertelagah’.
Trump menyifatkan pemimpin Ukraine itu sebagai ‘kurang ajar’ menyaksikan Zelensky meninggalkan White House tanpa menandatangani sebarang perjanjian awal mengenai perkongsian hak mineral antara Kyiv dan Washington.
Zelensky ketika pertemuan berkenaan cuba meraih ‘simpati’ AS dengan menyatakan Kyiv masih memerlukan jaminan keselamatan jika mahu negara itu mengadakan rundingan damai dengan Moscow.