'Jika AS mahu buli Iran, mereka silap’

‘Jika AS mahu buli Iran, mereka silap’

ALI KHAMENEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei kelmarin mendakwa Amerika Syarikat (AS) menggunakan taktik ‘membuli’ bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau sudah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi mengadakan rundingan mengenai perjanjian nuklear.

Menerusi ucapannya di Teheran, Khamenei menyatakan tawaran Washington untuk berunding bertujuan hanya untuk mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.

“Isunya bukan sekadar mengenai nuklear seperti yang mereka bangkitkan sekarang.

“Mereka akan mengemukakan tuntutan baharu dan tuntutan ini sudah pasti tidak akan dipenuhi oleh Iran termasuk mengenai keupayaan pertahanan negara serta pengaruh Iran di peringkat antarabangsa.

“AS bukan mahu berunding, tapi mengarahkan supaya Iran mendengar cakap mereka, adakah itu akan berlaku? Tidak sama sekali. Kalau mahu buli Iran, mereka (AS) silap orang,” kata beliau.

Walaupun Trump sebelum ini menyatakan keterbukaan untuk mencapai perjanjian dengan Teheran, beliau telah mengembalikan kempen ‘tekanan maksimum’ yang pernah dilaksanakan semasa penggal pertamanya di Rumah Putih.

Kempen itu bertujuan mengasingkan Iran daripada ekonomi global serta menyekat eksport minyak negara tersebut sepenuhnya.

Ketika memegang jawatan presiden dari 2017 hingga 2021, Trump telah menarik AS keluar daripada perjanjian penting antara Iran dan kuasa besar dunia yang mengenakan syarat ketat terhadap aktiviti nuklear Teheran sebagai pertukaran kepada pelonggaran sekatan.

Selepas menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 dan mengenakan semula sekatan, Iran bertindak melanggar serta melepasi had yang ditetapkan dalam perjanjian berkenaan.

Teheran bagaimanapun menegaskan program nuklearnya adalah semata-mata untuk tujuan keselamatan dan keamanan negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya