Israel larang masjid di Palestin laung azan - Utusan Malaysia

Israel larang masjid di Palestin laung azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel melarang azan dilaungkan sebanyak 44 kali di Masjid Ibrhimi di Hebron pada bulan lalu.

Menurut Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, pasukan tentera Israel dan penduduknya sengaja meningkatkan serangan terhadap rakyat Palestin yang menetap di kawasan masjid berkenaan.

Tentera Israel juga mengusir petugas kementerian yang berkhidmat di masjid tersebut tanpa alasan kukuh dan melarang mereka memasukinya.

Sebelum itu, pengarah masjid berkenaan turut diusir.

Tindakan Israel itu secara tidak langsung melanggar undang-undang antarabangsa yang mengiktiraf masjid tersebut sebagai warisan budaya dan milik Palestin pada 2017.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan menggesa komuniti antarabangsa supaya menghentikan tindakan agresif Israel bagi memastikan masjid tersebut terus dapat digunakan umat Islam untuk menunaikan ibadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya