Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza, beri alasan sasarkan kubu Hamas - Utusan Malaysia

Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza, beri alasan sasarkan kubu Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ketenteraan Israel hari ini melancarkan serangan besar-besaran menyasarkan kubu Hamas di Semenanjung Gaza, menyaksikan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh.

Serangan yang disifatkan paling ‘ganas’ itu dilakukan sejak gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu.

Israel tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai serangan itu, namun Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan memaklumkan pasukan tenteranya dikerah untuk ‘mengenakan Tindakan keras terhadap Hamas’.

“Situasi itu berlaku berikutan Hamas tidak mengendahkan desakan Israel supaya membebaskan kesemua tebusan, termasuk menolak usul yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS) dan negara perunding yang lain.” menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya