Israel hadkan kemasukan rakyat Palestin ke Masjid al-Aqsa sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Israel hadkan kemasukan rakyat Palestin ke Masjid al-Aqsa sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel terus mengehadkan rakyat Palestin dari Tebing Barat untuk memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan dengan hanya membenarkan sebilangan mereka yang berusia lebih 50 tahun dan anak masing-masing beribadat di situ.

Menurut pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, bilangan terhad jemaah Muslim akan dibenarkan masuk mengikut ketetapan tahun lalu bermula Jumaat ini, tanpa menyatakan jumlah sebenar.

“Mereka yang dibenarkan adalah lelaki berumur 55 tahun ke atas, wanita berumur 50 tahun ke atas, serta kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Semua jemaah juga perlu melepasi pemeriksaan keselamatan.

“Kami menegaskan tiada sekatan terhadap penduduk Arab Israel,” katanya.

Masjid Al-Aqsa terletak di tengah Kota Lama Baitulmuqaddis, di atas kawasan yang dikenali oleh penganut Yahudi sebagai Har ha-Bayit atau Temple Mount.

Umat Islam pula memanggil kawasan itu sebagai al-Haram al-Sharif atau Al-Haram Al-Syarif dan merupakan tempat ketiga paling suci dalam Islam selepas Makkah dan Madinah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya