Iran adalah dalang serangan Houthi - Trump

Iran adalah dalang serangan Houthi – Trump

RAKYAT Yemen mengangkat senjata semasa demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan Houthi di Sanaa, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menganggap Iran bertanggungjawab secara langsung terhadap sebarang serangan baharu pemberontak Houthi di Yemen, yang menyasarkan kapal Amerika Syarikat (AS) dan asing di Laut Merah.

“Setiap tembakan yang dilepaskan oleh Houthi selepas ini, akan dianggap sebagai serangan daripada senjata serta kepemimpinan Iran, dan Iran akan dipertanggungjawabkan serta menanggung akibatnya,” tulis Trump di platform Truth Social, kelmarin.

Walaupun AS menjalankan serangan ke atas sasaran Houthi selama berbulan-bulan, kenyataan Trump kali ini dilihat lebih tegas terhadap Iran.

Iran pada Isnin turut mengecam Trump kerana membuat tuduhan tidak berasas.

Trump mengeluarkan kenyataan tersebut selepas serangan pertama AS ke atas Yemen dalam penggal baharunya, sehingga mengorbankan 53 nyawa dan mencederakan 98 yang lain pada Sabtu lepas.

Sebagai tindak balas, Houthi mendakwa dua serangan terhadap kapal induk AS dan menggerakkan ribuan penyokong dalam protes di kawasan dikawalnya di Yemen.

AS menyerang Houthi berikutan serangan berulang terhadap perkapalan di Laut Merah, yang memberi tekanan besar kepada laluan perdagangan penting itu.

Houthi berkata, ia melancarkan serangan tersebut sebagai solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza, yang teruk berdepan perang Israel dengan sokongan AS.

“Sebarang serangan atau tindak balas lanjut oleh Houthi akan dibalas dengan lebih dahsyat.

“Iran memainkan peranan sebagai ‘mangsa tidak bersalah’ dalam konflik ini,” kata Trump dalam hantaran media sosialnya.

Iran membalas dengan mengecam Trump kerana mengeluarkan kenyataan berbaur permusuhan dan menuduhnya melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam surat kepada Majlis Keselamatan yang dilihat AFP.

Duta Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani berkata, Trump dan pegawai tinggi AS lain berusaha untuk melawan undang-undang, membenarkan tindakan pencerobohan dan jenayah perang AS terhadap Yemen melalui kenyataan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya