Indonesia mahu had umur jemaah haji lebih dari 90 tahun

Indonesia mahu had umur jemaah haji lebih dari 90 tahun

PETUGAS lapangan terbang membantu jemaah selepas menunaikan ibadah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda di Aceh, Indonesia pada Julai tahun lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia kini dalam proses mengadakan run­dingan diplomatik dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk memohon kelonggaran berhubung penetapan umur jemaah yang ingin menunaikan ibadat haji.

Lapor Jakarta Globe, Menterinya, Nasaruddin Umar berkata, dasar semasa menetapkan had umur maksimum jemaah haji adalah 90 tahun.

Nasaruddin berpendirian kriteria kelayakan menunaikan haji dibuat berasaskan kesihatan dan bukannya had umur yang ketat.

Ia sejajar dengan keputusan Presiden Indonesia Nombor 6 Tahun 2025, yang mengutamakan kecergasan daripada segi kesihatan dalam menentukan kelayakan seorang jemaah.

Sehingga 3 Mac lalu, seramai 165,613 atau 82.37 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah haji Indonesia memenuhi syarat kesihatan ditetapkan untuk berangkat ke Tanah Suci.

Nasaruddin menekankan pendekatan ini ketika perbincangan dengan pegawai Arab Saudi.

“Kami terus berhubung dengan pegawai Arab Saudi termasuk Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Kesihatan mengenai had umur (semasa), iaitu 90 tahun.

“Saya menggesa mereka mempertimbangkan pendekatan di Indonesia, di mana penilaian perubatan ditentukan mengikut tahap kecergasan jemaah berbanding kelayakan berdasarkan umur,” katanya semasa sesi pendengaran Parlimen pada Selasa.

Nasaruddin berkata, perbincangan dengan Kementerian Haji dan Kesihatan Arab Saudi membawa kepada pemahaman bersama mengenai sistem kelayakan berasaskan kesihatan.

Katanya, jika diterima, peralihan dasar membenarkan jemaah haji warga emas yang sihat untuk menunaikan haji tanpa berdepan sekatan berdasarkan umur.

Kira-kira 221,000 rakyat Indonesia bersedia untuk menunaikan haji tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya