Hujan ais sebesar bola golf landa bandar Costa del Sol - Utusan Malaysia

Hujan ais sebesar bola golf landa bandar Costa del Sol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jalan-jalan di Alhaurin el Grande, Sepanyol yang biasanya cerah bertukar menjadi sungai selepas dilanda hujan ais sebesar bola golf, satu kejadian yang mengejutkan penduduk dan pelancong.

Dalam video tular, hujan lebat mencurah di teres kafe manakala ketulan ais menghentam kereta dan jalan raya yang dirakam oleh pemandu yang terperangkap di dalam kenderaan.

“Ya Tuhan! Lihat saiz hujan ais itu, ia sangat besar,” tulis warganet Ireland, Mary Quinn dalam media sosial.

Penduduk juga terkejut dengan cuaca Sepanyol yang tidak menentu, walaupun sudah lima hari memasuki musim bunga.

Selatan Sepanyol sebelum ini dilanda hujan berterusan selama tiga minggu manakala awal minggu ini, pihak berkuasa cuaca mengesahkan bulan Mac ini merupakan bulan kedua paling lembap sejak 1943.

Amaran cuaca kuning yang dikeluarkan semalam bagi wilayah tersebut berakhir dengan pemandangan yang lebih mirip Artik berbanding Mediterranean.

Jalan-jalan di Alhaurin el Grande kosong dan pemandu terpaksa berhenti menunggu ribut selama satu jam reda selepas hujan turun sekitar pukul 4 petang semalam.

Teres kafe yang biasanya dipenuhi penduduk dan pelancong untuk menikmati kopi selepas makan tengah hari kelihatan sunyi apabila kerusi dan meja diselubungi hujan dan ais.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya