Hampir separuh wanita di Afrika obesiti menjelang 2030 - Utusan Malaysia

Hampir separuh wanita di Afrika obesiti menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hampir separuh wanita di Afrika akan mengalami obesiti atau berat badan berlebihan menjelang akhir dekad ini dengan pakar menyamakannya seperti HIV tetapi lebih pantas, menurut kajian terbaru oleh World Obesity Federation.

Peningkatan membimbangkan dalam kadar obesiti di Afrika dibandingkan dengan wabak HIV, di mana stigma dan kekurangan rawatan memberi kesan yang tidak seimbang terhadap wanita.

Walaupun penduduk di negara kaya menggunakan suntikan penurunan berat badan untuk kurus, ramai yang meragui bahawa ubat-ubatan inovatif ini akan tersedia di Afrika Sub-Sahara dalam masa terdekat.

Malah, rawatan untuk penyakit yang berkaitan dengan obesiti, seperti diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi juga sukar diperoleh.

Pakar dalam obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD) Dr. Nomathemba Chandiwana yang juga ketua pegawai saintifik di Desmond Tutu Health Foundation di Afrika Selatan berkata, peningkatan obesiti yang lebih pantas dalam kalangan wanita di Afrika melibatkan pelbagai faktor yang saling berkait.

“Urbanisasi dan perubahan gaya hidup memainkan peranan besar. Banyak bandar di Afrika tidak mempunyai ruang selamat untuk aktiviti fizikal, dan tanggungjawab menjaga keluarga serta keselamatan menyukarkan wanita untuk bergerak,” katanya.

Faktor biologi seperti kesihatan reproduktif, menopaus, dan perbezaan metabolisme juga menyumbang malah keadaan bertambah buruk dengan peningkatan makanan proses, perubahan iklim, dan ketidaksamaan gender.

Chandiwana turut menyatakan minatnya terhadap ubat anti-obesiti generasi baru seperti GLP-1 receptor agonists (Wegovy atau Mounjaro), yang popular di Barat namun, akses kepada ubat ini di Afrika masih terhad.

Menurut World Obesity Atlas, 45 peratus wanita di Afrika akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti menjelang 2030, berbanding 26 peratus bagi lelaki.

Di Afrika Selatan, dua pertiga wanita sudah mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, kadar kedua tertinggi di benua itu selepas Eswatini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya