Hamparan 33,000 permaidani mewah hiasi Masjidilharam sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Hamparan 33,000 permaidani mewah hiasi Masjidilharam sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi melengkapkan kemudahan di Masjidilharam dengan 33,000 permaidani mewah sepanjang bulan suci Ramadan bagi memastikan keselesaan jemaah yang menunaikan ibadah.

Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, permaidani berkualiti tinggi itu dihasilkan di Arab Saudi dengan ketelitian seni pembuatan dan ketahanan yang tinggi.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), setiap permaidani berukuran 1.2 meter x 4 meter atau 1.2 meter x 3 meter, dengan ketebalan 1.6 sentimeter, yang membolehkannya menampung aliran jemaah yang tinggi.

Permaidani ini digunakan pada hari Jumaat, sepanjang Ramadan serta musim kemuncak lain.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengutamakan kebajikan jemaah haji dan umrah dengan menyediakan kemudahan terbaik di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Sementara itu, pihak berkuasa mengumumkan mereka telah mengedarkan hampir 11 juta juadah iftar kepada jemaah umrah serta para jemaah di kedua-dua masjid suci itu sepanjang separuh pertama Ramadan.

Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan Arab Saudi dalam memastikan keselesaan dan kelancaran ibadah buat umat Islam yang mengunjungi Tanah Suci. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya