Guru menangis jatuh dalam lumpur ketika perjalanan ke sekolah tular di Indonesia - Utusan Malaysia

Guru menangis jatuh dalam lumpur ketika perjalanan ke sekolah tular di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTEN: Satu video memaparkan seorang guru wanita yang terjatuh ke dalam lumpur selepas motosikalnya melalui jalan rosak dalam perjalanan ke sekolah di Desa Cimoyan, Patia, daerah Pandeglang tular dalam media sosial Indonesia.

Dalam video itu, guru wanita tersebut berdiri di tepi jalan rosak yang digenangi lumpur dengan keadaan bajunya kotor sambil menangis kerana terlalu kecewa dengan keadaan jalan yang teruk.

Sambil menangis, dia meluahkan rasa kecewa kerana jalan yang sering dilaluinya sudah berpuluh-puluh tahun tidak dibaiki malah sebagai pegawai perkhidmatan awam (ASN), dia turut mempersoalkan sikap pemerintah setempat.

“Maaf, saya kesal dengan jalan ini. Saya juga bertugas sebagai kakitangan awam, tapi mengapa jalannya masih begini,” ujarnya dalam video yang pertama kali dimuat dimuat naik oleh akaun TikTok @hasanahnur1019 sebelum dikongsi semula oleh akaun Instagram @unikinfold pada Sabtu lalu.

Dikenali sebagai Nurasiah, guru di SMPN 1 Patia itu menjelaskan insiden itu berlaku pada 26 Januari ketika dia dalam perjalanan ke sekolah tempat dia mengajar.

“Memang benar wanita yang menangis di dalam video itu adalah saya.

“Saya terjatuh ke dalam lumpur selepas motosikal saya hilang kawal ketika melalui jalan rosak tersebut,” katanya.

Akibat insiden itu, Nurasiah turut mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kakinya.

Nurasiah berkata, keadaan jalan yang rosak bukan sahaja menyukarkan dirinya tetapi juga memberikan kesan kepada murid-murid yang terpaksa melalui jalan itu setiap hari untuk ke sekolah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya