Guru cemerlang ditahan cabul, miliki gambar lucah murid - Utusan Malaysia

Guru cemerlang ditahan cabul, miliki gambar lucah murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRACHUAP KHIRI KHAN: Seorang guru yang pernah menerima anugerah guru cemerlang ditahan polis selepas disyaki mencabul sekurang-kurangnya lapan orang pelajar berusia 8 hingga 10 tahun di sekolahnya berhampiran Prachuap Khiri Khan, Thailand.

Lebih mengejutkan, polis turut menemui hampir 20,000 fail media lucah melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan, termasuk bahan pornografi kanak-kanak yang dihasilkan sendiri oleh guru terbabit.

Ketua Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB), Leftenan Jeneral Trairong Phiewphan, berkata siasatan bermula selepas pihaknya menerima maklumat daripada Thailand Internet Crimes Against Children (Ticac) yang menerima pemberitahuan daripada Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) di Amerika Syarikat mengenai imej seorang kanak-kanak lelaki yang didera secara seksual, dikesan dimuat naik ke sebuah platform terkenal melalui alamat IP dari Thailand.

Siasatan polis dengan kerjasama Ticac, Destiny Rescue International, Our Rescue Foundation dan pegawai Perlindungan Kanak-Kanak Prachuap Khiri Khan membawa kepada serbuan di sebuah rumah pada 5 Mac lalu dan menahan Kritsana, 32, seorang guru Bahasa Inggeris, manakala telefon bimbit serta cakera keras luaran 2TB dirampas.

Setakat ini, lapan mangsa kanak-kanak dikenal pasti dan lebih memilukan, Kritsana pernah menerima anugerah guru cemerlang di peringkat daerah.

“Ini adalah isu besar kerana pelaku mempunyai kedudukan dan status yang sepatutnya menjamin keselamatan kanak-kanak, tetapi dia telah mencabul kanak-kanak di bawah umur,” kata Trairong.

Kritsana didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak untuk kepentingan seksual dirinya atau orang lain.

Polis juga sedang mencari kemungkinan pelaku dan mangsa lain di mana suspek dilaporkan mengaku melakukan jenayah itu selama lebih tujuh tahun sejak diambil bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris disamping turut mengaku mencabul kanak-kanak di dalam kelas dan perpustakaan sekolah, mengambil gambar dan merakam video perbuatannya.

Dia juga meminta kanak-kanak bertemu dengannya secara peribadi selepas kelas, mengarahkan mereka untuk tidak memberitahu sesiapa dan memberi mereka wang antara 40 hingga 100 baht (RM5-RM 13), namun dia mendakwa gambar yang diambil tidak pernah disebarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya