WELLINGTON: Gempa bumi berkekuatan 6.7 magnitud menggegar kawasan perairan di selatan New Zealand , menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa tersebut berlaku kira-kira pukul 2.43 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di luar hujung barat daya Pulau Selatan New Zealand. Pusat gempa terletak kira-kira 160 kilometer dari penempatan di daratan Riverton. Pada awalnya, gempa itu direkodkan dengan kekuatan 7.0 sebelum diturunkan kepada 6.7. Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Honolulu melaporkan tiada amaran tsunami atau kerosakan segera. Agensi pengurusan kecemasan New Zealand memberi amaran kepada penduduk agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya