Gempa bumi ranapkan bangunan di Myanmar, Thailand

Gempa bumi ranapkan bangunan di Myanmar, Thailand

BANGUNAN setinggi 30 tingkat yang dalam pembinaan di Bangkok, Thailand runtuh selepas gempa bumi kuat melanda tengah Myanmar. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter menggegarkan tengah Myanmar semalam, menyebabkan sejumlah bangunan rosak dan orang ramai lari bertempiaran akibat panik.

Gempa bumi itu melanda barat laut bandar Sagaing pada tengah hari semalam dengan kedalaman cetek.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa susulan sekuat 6.4 skala Richter turut berlaku beberapa minit selepas gempa pertama melanda.

Gegaran kuat itu turut dirasai oleh penduduk di Bangkok, Thailand dan China.

Serpihan siling jatuh dari bangunan dan banyak jalan rosak di Naypyidaw, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik di beberapa Kawasan.

Kumpulan koresponden AFP yang berada di Muzium Negara Myanmar, di sini turut menceritakan suasana ketika gempa, menyaksikan bangunan bergegar kuat.

Sebahagian siling di muzium berkenaan juga runtuh dan dinding retak menyebabkan para petugas lari keluar meninggalkan bangunan dengan ada dalam kalangan mereka yang menangis dan cuba menghubungi keluarga tersayang.

Gegaran gempa itu berlangsung kira-kira setengah minit sebelum keadaan reda.

Selain banyak jalan raya retak, satu jambatan yang dikenali sebagai Ava yang terletak berhampiran pusat gempa turut runtuh.

Hospital utama di Myanmar pula bertukar seperti ‘medan perang’ apabila ratusan penduduk yang cedera memenuhi perkarangan bangunan bagi mendapatkan rawatan segera.

Dalam pada itu, seorang penduduk di Chiang Mai, Sai, 76, menceritakan, ketika gempa berlaku dia berada di sebuah kedai.

“Saya terus berlari keluar bersama orang ramai. Inilah gegaran gempa yang paling kuat saya pernah rasa,” katanya.

Gempa itu juga merosakkan beberapa bangunan di Bangkok, selain perkhidmatan awam dihentikan buat sementara waktu malah seramai 43 buruh terperangkap selepas sebuah bangunan setinggi 30 tingkat yang dalam pembinaan runtuh akibat gempa tersebut.

Menurut pasukan keselamatan, ketika mereka tiba di lokasi runtuhan, kedengaran suara mangsa terperangkap meminta tolong.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Thailand mengisytiharkan darurat di Bangkok manakala Myanmar pula mengumumkan darurat di enam negeri yang paling teruk terjejas.

Gegaran juga dirasai di wilayah Yunnan, barat daya China. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya