Eropah atasi Asia Barat jadi pengimport senjata terbesar dari AS - Utusan Malaysia

Eropah atasi Asia Barat jadi pengimport senjata terbesar dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Buat pertama kali dalam tempoh dua dekad, Eropah kini menjadi pengimport terbesar senjata dari Amerika Syarikat (AS), sekali gus mengatasi Asia Barat.

Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Eropah merekodkan jumlah import senjata dari AS sebanyak 35 peratus berbanding Asia Barat iaitu 33 peratus bagi tahun 2020 hingga 2024.

Bagi tempoh yang sama, Arab Saudi muncul sebagai pembeli senjata terbesar AS dalam kalangan negara individu dengan menyumbang sebanyak 12 peratus.

Jumlah eksport senjata AS ke Eropah meningkat daripada 52 peratus dalam tempoh 2015 hingga 2019 kepada 64 peratus (2020-2024).

Import ketenteraan Eropah juga menunjukkan peningkatan dua kali ganda dalam tempoh tersebut susulan perang Russia dengan Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya