NEW JERSEY: Sebuah pesawat kargo Boeing 767 milik FedEx terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Amerika Syarikat (AS) selepas satu enjinnya terbakar akibat dilanggar burung sebaik berlepas pada Sabtu. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan pesawat itu berjaya kembali ke lapangan terbang di New Jersey tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Agensi tersebut telah memulakan siasatan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB). Menteri Pengangkutan, Sean Duffy memuji tindak balas pantas juruterbang. “Insiden ini menunjukkan kecekapan juruterbang yang berjaya mengendalikan pesawat itu untuk mendarat dengan selamat walaupun enjinnya terbakar,” tulis Duffy…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya