Duterte sedia ditahan jika ICC keluar waran tangkap - Utusan Malaysia

Duterte sedia ditahan jika ICC keluar waran tangkap

RODRIGO DUTERTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan beliau bersedia ditahan susulan laporan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dijangka mengeluarkan waran tangkap berhubung kempen ‘perang dadah’ yang mengorbankan ribuan nyawa semasa pentadbirannya.

‘Perang dadah’ merupakan dasar utama yang melonjakkan Duterte ke tampuk kuasa pada 2016 sebagai Datuk Bandar Davao yang terkenal dengan pendekatan tegas membanteras jenayah disamping pernah berikrar untuk membunuh ribuan pengedar dadah dalam ucapan-ucapan lantangnya.

Pejabat Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr., hari ini memaklumkan tiada komunikasi rasmi diterima daripada Interpol setakat ini, namun memberi bayangan Duterte boleh diserahkan jika terdapat permintaan rasmi.

“Pasukan penguat kuasa kami bersedia untuk mematuhi undang-undang. Jika waran tangkap perlu diserahkan berdasarkan permintaan Interpol, kami akan melaksanakannya,” kata Timbalan Setiausaha Komunikasi Presiden, Claire Castro kepada media.

Duterte kini berada di Hong Kong bagi menghadiri satu perhimpunan kempen yang dihadiri ribuan pekerja Filipina bagi meraih sokongan untuk calon-calon senator yang disokongnya menjelang pilihan raya separuh penggal nanti.

Dalam ucapannya di Stadium Southorn, Hong Kong, Duterte membela tindakan kerasnya terhadap pengedaran dadah dan menegaskan beliau tidak gentar jika ditahan.

“Jika benar waran itu dikeluarkan, kenapa saya lakukan semua ini? Untuk diri sendiri? Untuk keluarga saya? Tidak. Saya lakukan demi anda, anak-anak anda, dan negara kita.

“Jika ini sudah takdir saya, saya terima. Mereka boleh tangkap dan penjarakan saya. Apakah dosa saya? Saya lakukan segalanya demi keamanan rakyat Filipina,” ujarnya di hadapan penyokongnya sambil ditemani anak perempuannya, Sara Duterte.

Tahun lalu, Duterte pernah menyatakan beliau tidak gentar terhadap siasatan ICC dan mencabar mahkamah tersebut untuk mempercepatkan proses siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya