GAZA: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas memaklumkan, para pegawainya sudah mengadakan pertemuan dengan ketua agensi perisikan umum Mesir, Hassan Mahmoud Rashad, di Kaherah bagi membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Menurut kumpulan pejuang itu, pertemuan terbabit menekankan keperluan untuk mematuhi semua syarat dalam perjanjian, segera memulakan rundingan bagi fasa kedua, membuka lintasan sempadan, dan membenarkan kemasukan bahan bantuan ke Gaza tanpa sebarang sekatan atau syarat. Hamas memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam satu kenyataan, semalam. Kumpulan pejuang itu juga memaklumkan mereka menyokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya