Dua maut, lapan cedera letupan bom di Sungai Golok - Utusan Malaysia

Dua maut, lapan cedera letupan bom di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban, manakala lapan lagi cedera dalam letupan bom di Sungai Golok, Narathiwat.

Dalam insiden kira-kira 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Nitti Suksang mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan sedang bertugas.

“Dalam serangan itu, dua anggota sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga parah dan lima cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Nitti, semua mangsa cedera dirawat di Hospital Sungai Golok.

Polis kini giat mengenal pasti motif dan suspek terbabit serangan itu, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya