Dua maut kenderaan rempuh orang ramai di Jerman - Utusan Malaysia

Dua maut kenderaan rempuh orang ramai di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Sekurang-kurangnya dua orang terkorban selepas ebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim, barat Jerman semalam.

Insiden itu menyaksikan 10 orang cedera dengan lima daripadanya parah.

Pihak berkuasa memaklumkan, seorang suspek berusia 40 tahun yang merupakan arga Jerman sudah ditahan.

Polis memberitahu, Ketika kejadian, suspek yang didakwa mempunyai masalah mental bertindak berseorangan.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan supaya mengelak melalui Kawasan kejadian buat semantara Waktu bagi membolehkan polis melakukan siasatan menyeluruh.

Beberapa imej yang disiarkan media tempatan menunjukkan polis memeriksa kenderaan yang digunakan suspek untuk merempuh orang ramai.

Pendakwa raya menyatakan suspek kini berada di hospital bagi menjalani rawatan akibat luka tembakan dan keadaannya stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya