Dua beranak maut diracun abang ipar kerana berebut harta pusaka - Utusan Malaysia

Dua beranak maut diracun abang ipar kerana berebut harta pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Satu tragedi menyayat hati berlaku di dearah Blora apabila seorang ayah dan anaknya maut selepas diracun oleh abang ipar sendiri.

Mangsa, Muslikin, 45 dan anak bongsunya berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia selepas meminum air mineral yang telah dicampurkan dengan kalium sianida dan racun tikus di rumah mereka di Kampung Sambonganyar.

Suspek, MK, yang juga abang ipar kepada Muslikin, didakwa bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku pada 21 Februari lalu.

Setelah melakukan pembunuhan, MK melarikan diri ke Kota Samarinda, Kalimantan Timur sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa pada 25 Februari dengan Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Blora, AKP Selamet memberitahu, MK mengakui mencampurkan racun ke dalam air mineral yang diminum oleh mangsa.

“Suspek mengakui racun yang digunakan adalah kalium sianida yang dicampur dengan racun tikus cecair,” katanya pada Isnin lalu.

Motif utama pembunuhan ini didapati berpunca daripada dendam dan perbalahan tentang harta pusaka selepas MK mendakwa dia tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka dan isu berkaitan penjualan kayu jati.

Menurut sumber, Muslikin dan MK adalah menantu kepada mentua yang sama. Muslikin berkahwin dengan Maspupah, manakala MK berkahwin dengan adik perempuan Maspupah.

Sebelum kejadian pembunuhan tersebut, Maspupah mendakwa dia pernah terlibat dalam pertikaian dengan MK berkenaan penjualan kayu jati milik ibu mereka.

“Ibu saya mempunyai pokok jati yang besar yang dijual kepada MK. Tetapi pokok itu kini telah didermakan ke surau, dan dia tidak dapat menerimanya.

“Ibu saya bertengkar dengan MK, dan saya tidak dapat menerimanya, jadi saya turut terlibat dalam pertengkaran itu,” kata Maspupah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya