Dua beradik mahu jual ginjal bebaskan ibu daripada tahanan polis - Utusan Malaysia

Dua beradik mahu jual ginjal bebaskan ibu daripada tahanan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Demi membebaskan ibu mereka daripada tahanan polis akibat tuduhan mencuri, dua beradik nekad mahu menjual buah pinggang bagi mendapatkan duit.

Lapor media Indonesia, Farrel Mahardika Putra bersama Nayaka Rivanno Attalah memberitahu ibu mereka, Syafrida Yani kini ditahan di Balai Polis Tangerang Selatan (Tangsel), Indonesia.

Mereka turut membawa plakad tertera ‘tolong kami, kami ingin menjual ginjal untuk membebaskan bunda kami yang ditahan di Polres Tangsel’.

“Ibu saya hanya seorang penjual makanan dari rumah. Pada mulanya, dia hanya mahu membantu saudara bapa untuk mengurus rumahnya kerana dia bekerja dengan syarikat penerbangan dan sering ke luar negara,” ujar Farrel.

Menurutnya, pemilik rumah memberikan telefon bimbit kepada ibunya supaya mudah dihubungi dan wang tunai berjumlah 10 juta rupiah (RM2,676) untuk menguruskan keperluan rumah serta membayar seorang lagi pembantu.

“Ibu saya sentiasa mencatatkan sebarang transaksi wang diberikan pemilik rumah itu. Akibat sering dimaki-hamun, ibu saya meminta untuk tidak lagi menguruskan rumah tersebut.

“Pemiliknya tidak dapat menerima keputusan ibu saya lalu membuat aduan di Polsek Ciputat dengan tuduhan mencuri.

Tambah Farrel, ibunya sudah pun mengembalikan telefon bimbit dan wang yang diberikan pemilik rumah tersebut.

“Saya mahu mendapatkan wang yang banyak untuk melawan orang yang menzalimi ibu saya. Tidak kira walaupun mereka orang berada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya