Dijangka 146 juta penduduk Indonesia balik kampung sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Dijangka 146 juta penduduk Indonesia balik kampung sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia menjangkakan seramai 52 peratus penduduk negara itu atau kira-kira 146.48 juta orang akan melakukan perjalanan semasa cuti perayaan Aidilfitri 2025.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pergerakan dari Pulau Jawa dijangka menyumbang 51.3 peratus atau sekitar 81.5 juta orang, dengan majoriti pengembara berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah.

“Pergerakan orang ke dan dari Jawa Barat dalam tempoh ini dijangka tinggi. Oleh itu, kerjasama antara kementerian dan kerajaan wilayah akan menjadi penting,” kata Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Barat Dedi Mulyadi dan Gabenor Banten Andra Soni bagi membincangkan persiapan dengan tumpuan kepada usaha penyelarasan antara kerajaan pusat dan wilayah, pengendali pengangkutan, serta pihak berkepentingan lain dalam menguruskan lonjakan yang dijangkakan dalam pergerakan penumpang dan barangan.

Kementerian itu turut bekerjasama dengan kerajaan Jawa Barat untuk menangani kemungkinan kesesakan di tiga plaza tol utama yang menjadi laluan penting bagi kenderaan yang melakukan perjalanan antara Jakarta, Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah.

Dudy berkata semasa kemuncak perjalanan musim perayaan, jumlah kenderaan yang keluar dari Jakarta dijangka meningkat sehingga 60 peratus berbanding trafik harian biasa.

Banten, sebagai kawasan transit utama dan pintu masuk antara Jawa dan Sumatera, dijangka menyumbang 1.7 peratus daripada jumlah pergerakan perjalanan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya