Dibayangi pengaruh bapa, PM Thailand berdepan usul tidak percaya

Dibayangi pengaruh bapa, PM Thailand berdepan usul tidak percaya

PAETONGTARN bersama bapanya, Thaksin Shinawatra. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, berdepan usul tidak percaya di Parlimen bermula semalam, dengan pembangkang dijangka menyasarkan prestasi ekonomi yang lemah serta pe­ngaruh besar bapanya terhadap pentadbiran beliau.

Walaupun meraih soko­ngan sederhana dalam tinjauan pendapat, Paetongtarn berada dalam kedudukan kukuh menjelang perbahasan tersebut, tanpa sebarang tanda keretakan dalam gabungan pemerintah yang menguasai majoriti parlimen, menjadikan usul itu tidak mungkin berjaya apabila diundi pada Rabu ini.

Parti pembangkang, Parti Rakyat, menuduh Paetongtarn menerima arahan daripada bapanya, Thaksin Shinawatra, tokoh politik berpengaruh dan kontroversi yang juga bekas perdana menteri serta jutawan.

Thaksin dilarang memegang jawatan awam akibat sabitan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan, yang menyebabkan beliau hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Thaksin, yang dianggap tokoh paling berpengaruh dan memecahbelahkan politik Thailand sejak 24 tahun lalu, kembali ke tanah air pada tahun 2023 dan menjalani enam bulan tahanan di hospital kerajaan di bawah pentadbiran Parti Pheu Thai yang diasaskannya, sebelum dibebaskan secara parol.

Beliau sering berbicara secara terbuka mengenai dasar-dasar seperti pengesahan perjudian, penerimaan mata wang kripto, serta skim rangsangan ekonomi bernilai AS$14 billion (RM62 bilion), semua yang kini menjadi agenda kerajaan pimpinan Pheu Thai.

Paetongtarn menegaskan kerajaannya bebas daripada pengaruh sesiapa, manakala Thaksin, 75, pula menyatakan bahawa beliau telah bersara dan hanya memberi nasihat apabila diperlukan.

Langkah-langkah ekonomi­ kerajaan setakat ini masih belum berjaya merangsang pertumbuhan ketara dalam ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya