Dana Rohingya dipotong, PBB suarakan kebimbangan - Utusan Malaysia

Dana Rohingya dipotong, PBB suarakan kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berbuka puasa bersama pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada Jumaat sambil menyuarakan kebimbangan serius mengenai pemotongan bantuan kepada lebih sejuta pelarian di Myanmar.

Guterres, yang ditemani Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Muhammad Yunus menegaskan bahawa lebih banyak sumber diperlukan bagi menyokong pelarian Rohingya serta komuniti tempatan yang menampung mereka di Cox’s Bazar, lokasi penempatan pelarian terbesar di dunia.

Program Makanan Sedunia (WFP) PBB pada 7 Mac memberi amaran bahawa pihaknya terpaksa mengurangkan bekalan makanan bulanan kepada pelarian Rohingya daripada AS$12.50 (RM56) kepada hanya AS$6 (RM27) seorang sekiranya tidak menerima dana segera.

“Kita berada di ambang krisis kemanusiaan yang mendalam dengan pengumuman pemotongan bantuan kewangan oleh beberapa negara. Kita sedang berdepan risiko yang sangat kritikal,” kata Guterres.

Beliau menyifatkan lawatannya ke Cox’s Bazar sebagai “misi solidariti” sempena Ramadan.

“Berpuasa dan berbuka puasa bersama anda adalah tanda penghormatan saya terhadap agama dan budaya anda. Saya di sini untuk menarik perhatian dunia terhadap nasib – serta potensi – pelarian Rohingya,” katanya.

Guterres menekankan penderitaan berdekad yang dialami Rohingya di Myanmar, namun memuji ketabahan mereka yang wajar mendapat sokongan global.

“Selepas puluhan tahun diskriminasi dan ditindas, kita menyaksikan penghijrahan besar-besaran lapan tahun lalu susulan pembunuhan beramai-ramai di negeri Rakhine,” katanya.

Bangladesh menerima ratusan ribu pelarian Rohingya pada Ogos dan September 2017 selepas pasukan keselamatan Myanmar melakukan kekejaman terhadap mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya