China perkenal silibus AI di semua sekolah

China perkenal silibus AI di semua sekolah

China
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Semua sekolah rendah dan menengah di China akan diperkenalkan dengan kursus dan kaedah pengajaran berkaitan kecerdasan buatan (AI) bermula September ini.

Kenyataan dalam laman web rasmi pihak berkuasa pendidikan China memaklumkan, sekolah-sekolah akan meneroka dan membina kursus AI, menggabungkannya ke dalam perkhidmatan selepas sekolah, aktiviti kelab, penyelidikan serta sistem pendidikan lain pada semester musim luruh akan datang.

Mereka juga berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat terkemuka, universiti, institusi penyelidikan baharu, dan persatuan industri bagi membangunkan kursus AI bersama.

Alat AI akan digunakan untuk meneroka senario baharu dalam bilik darjah masa depan, di mana AI akan diserap ke dalam kaedah pengajaran menggunakan penyelidikan pembelajaran AI dan pembantu pengajaran yang lebih personal.

Katanya, sekolah mesti menyediakan sekurang-kurangnya lapan jam pendidikan AI setahun dan kursus ini boleh dijalankan secara berasingan atau disatukan ke dalam kurikulum sedia ada seperti kelas Teknologi Maklumat (IT) dan sains.

Pada mesyuarat tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) bermula pada 5 Mac, pihak berkuasa China berikrar me­ningkatkan sokongan terhadap teknologi dan pelaburan AI bertujuan merangsang lebih banyak kejayaan dan mencapai tahap berdikari.

Dalam usaha melancarkan kursus AI untuk pelajar, pelan kerja yang digariskan menunjukkan bagaimana AI diperkenalkan secara berperingkat di pelbagai peringkat pendidikan, dari sekolah rendah hingga menengah.

Sejak 2018, lebih daripada 500 universiti di China melancarkan kursus dan pengkhususan dalam bidang AI. Beberapa universiti terkemuka seperti Universiti Peking dan Universiti Renmin baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membangunkan bakat dan memperluas pengambilan pelajar dalam bidang AI serta sektor berkaitan seperti IT, kejuruteraan, dan sains klinikal.

Di peringkat sekolah rendah, kursus memberi tumpuan kepada menerapkan pemikiran AI dalam kalangan pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya