LONDON: Bongkah ais terbesar di dunia terkandas di perairan cetek berhampiran pulau terpencil Georgia Selatan, Britain, yang menjadi habitat kepada berjuta-juta penguin dan anjing laut. Bongkah ais tersebut, kira-kira dua kali ganda saiz Greater London, dilaporkan tersekat dan dijangka mula pecah di pesisir barat daya pulau itu. Bongkah ais gergasi itu menempuh perjalanan hampir 40 tahun sejak terpisah dari Pelantar Air Filchner-Ronne pada 1986, dan kini terkandas di perairan cetek berhampiran pulau terpencil Georgia Selatan. Sejak Disember, pergerakannya dikesan melalui imej satelit, apabila ia terlepas selepas terperangkap dalam pusaran lautan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya