Berpuasa hanya 60 minit ketika musim sejuk di Murmansk - Utusan Malaysia

Berpuasa hanya 60 minit ketika musim sejuk di Murmansk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MURMANSK: Tidak seperti di kebanyakan negara, tempoh berpuasa di kota Murmansk hanya selama 60 minit atau satu jam.

Pengalaman berpuasa dalam jangka masa paling singkat itu dikongsikan oleh seorang warga Indonesia, Lalu Satria Malaca, yang menetap di Murmansk, Rusia, berhampiran Kutub Utara.

Satria, yang bekerja sebagai pemandu pelancong, menjelaskan tempoh puasa sejam itu berlaku ketika musim sejuk, disebabkan fenomena polar night, iaitu keadaan di mana matahari tidak terbit dalam tempoh tertentu.

“Ketika polar night, matahari langsung tidak kelihatan. Pada pukul 11 atau 12 tengah hari, keadaan masih gelap. Akibatnya, jarak masa antara waktu Subuh dan Maghrib hanya kira-kira sejam,” katanya.

Dia turut mengajak para pelancong untuk merasai pengalaman unik berpuasa di Murmansk.

Menurutnya, keadaan berbeza ketika musim panas, terutamanya pada bulan Julai, apabila matahari hampir tidak pernah terbenam.

Ini menyebabkan tempoh berpuasa menjadi lebih panjang, mencecah 23 jam sehari.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Murmansk, tetapi juga di bandar-bandar dalam lingkaran Kutub Utara seperti Tromsø di Norway, Lapland di Finland, Iceland, dan Alaska di Amerika Syarikat (AS).

“Waktu ibadah di sini berubah setiap hari bergantung kepada kedudukan matahari,” jelasnya.

Dia menambah bahawa untuk beberapa tahun akan datang, Ramadan akan jatuh pada bulan Disember, menjadikan tempoh puasa tetap pendek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya