Bantuan disekat, Gaza diancam bencana kebuluran

Bantuan disekat, Gaza diancam bencana kebuluran

SEORANG lelaki berlari sambil mendukung kanak-kanak perempuan yang cedera akibat bedilan udara tentera Israel di Gaza City, Palestin kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelari­an Palestin (UNRWA) memberi amaran tindakan tidak berperi­kemanusiaan Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza hanya akan menyebabkan wilayah itu di ambang krisis kebuluran akut.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, kepungan dan halangan ketat dilakukan tentera Israel menyekat kemasukan barangan asas yang amat diperlukan rakyat Palestin di Gaza seperti ubatan, makanan, air dan bahan api.

Katanya, sekatan yang dilakukan kali ini lebih lama berbanding yang dikenal pada fasa awal perang, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

“Setiap hari berlalu tanpa kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza, sekali gus menyaksikan semakin banyak kanak-kanak tidur dalam kelaparan, wabak penyakit merebak dan pende­ritaan penduduk di wilayah itu umpama sudah tidak tertanggung,” katanya.

Beliau juga menyifatkan se­katan itu sebagai hukuman kolektif terhadap penduduk Gaza, sekali gus mendesak supaya ia dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibawa masuk secara konsisten dalam skala mencukupi.

Israel pada minggu lalu melancarkan serangan besar-besaran ke Gaza dengan alasan mahu menghancurkan kubu kuat Hamas dan barisan pe­mimpinnya.

Tindakan kejam itu menyaksikan gencatan senjata sementara yang dimeterai pada Januari lalu terbatal serta-merta.

Serangan demi serangan menyaksikan jumlah korban di Gaza Ketika ini sudah mence­cah 50,000 orang dan angka itu boleh bertambah pada bila-bila masa susulan bedilan tanpa henti tentera Zionis.

Pemangku Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Sam Rose turut memberi amaran jika gencatan senjata baharu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan ‘kehilangan nyawa besar-besaran, kemusnahan infrastruktur dan harta benda, peningkatan risiko penyakit berjangkit dan trauma dahsyat kepada sejuta kanak-kanak’.

Dalam pada itu, Israel melancarkan operasi darat di seluruh Gaza termasuk mengepung sebahagian bandar Rafah berhampiran mesir dalam tempoh hampir seminggu.

Lebih 50 maut termasuk pemimpin kanan Hamas dalam tempoh 24 jam lalu akibat sera­ngan terbaharu Zionis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya