Bangkai tikus ditemukan dalam hidangan, saham restoran Sukiya merudum - Utusan Malaysia

Bangkai tikus ditemukan dalam hidangan, saham restoran Sukiya merudum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Saham Zensho Holdings yang mengendalikan rangkaian restoran Jepun, Sukiya, merosot sebanyak 7.1 peratus, paling banyak sejak 13 Februari lalu, selepas bangkai tikus ditemui dalam hidangan.

Menurut kenyataan syarikat itu, sahamnya merosot selepas seorang pelanggan menemui tikus mati dalam sup miso yang dipesannya.

Sukiya berkata, haiwan itu masuk ke dalam sup ketika makanan disediakan di sebuah cawangan di Tottori, barat Jepun, pada 21 Januari dan gagal disedari kakitangannya.

Rantaian restoran itu berkata, pihaknya akan menggandakan langkah-langkah kebersihan selain memohon maaf kerana gagal mendedahkan kejadian itu lebih awal.

Sehubungan itu, pelanggan menjadi ragu-ragu dan bimbang untuk mengunjungi rangkaian restoran berkenaan.

Sukiya mengendalikan sekitar 2,000 cawangan di seluruh Jepun dan terkenal dengan hidangan mangkuk nasi daging lembunya.

Sementara itu, penganalisis di Iwai Cosmo Securities, Shoichi Arisawa, berkata kesan jangka panjang saham Zensho akibat penemuan bangkai insiden tikus itu membawa kepada kejatuhan ketara dalam bilangan pelanggannya.

Katanya, Zensho mencatatkan keuntungan saham disebabkan lonjakan harga baru-baru ini dengan saham syarikat itu meningkat sekitar 25 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu, mengatasi prestasi Indeks Topix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN