WASHINGTON: Bahasa Inggeris kini diisytiharkan sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), selepas Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif, kelmarin. Beliau mendakwa, langkah itu akan mengukuhkan perpaduan nasional, di tengah kepelbagaian penduduk yang berhijrah ke negara itu dari seluruh dunia. Rumah Putih menerbitkan perintah eksekutif yang menyatakan langkah untuk mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara, sudah ‘lama tertangguh’. “Bahasa kebangsaan yang ditetapkan secara rasmi adalah teras kepada masyarakat bersatu padu dan AS diperkukuh oleh warganegara yang boleh bertukar idea dalam satu bahasa dikongsi bersama,” menurut dokumen itu. Perintah tersebut membatalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya