AS rancang longgar sekatan Russia

AS rancang longgar sekatan Russia

AS mungkin melonggarkan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Russia ketika Donald Trump cuba memperbaiki hubungannya dengan Vladimir Putin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merangka rancangan melonggarkan sekatan terhadap Russia sekiranya Presiden Donald Trump mahu memulihkan hubungan dengan Moscow dan menghentikan perang di Ukraine.

Rumah Putih sudah meminta Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan untuk merangka senarai sekatan yang boleh dilonggarkan sebelum perbincangan dengan Russia tidak lama lagi.

Ia merupakan sebahagian daripada rundingan antara AS dengan Russia mengenai peningkatan hubungan diplomatik dan ekonomi.

Bagaimanapun, permintaan Washington sebagai balasan untuk pelepasan sekatan itu masih tidak jelas.

Russia antara negara pe­ngeluar minyak terbesar dunia dan jika sekatan AS terhadap sistem tenaga mereka dilonggarkan, ia dapat membantu mengelakkan kenaikan harga bahan api apabila Trump mengetatkan sekatan eksport minyak dari Iran.

Kremlin tahun lalu menggambarkan hubungan dengan AS sebagai ‘di bawah paras sifar’ di bawah pentadbiran Joe Biden yang menyokong Ukraine dengan bantuan dan senjata selain mengenakan sekatan ketat kerana menceroboh Kyiv pada 2022.

Namun, Trump yang berjanji untuk segera menamatkan perang merombak dasar AS dan membuka perbincangan dengan Moscow, bermula dengan panggilan telefon kepada Presiden Russia,

Vladimir Putin pada 12 Februari, diikuti pertemuan antara pegawai AS dan Russia di Arab Saudi serta Turkiye.

Sekatan AS terhadap Rusia sejak pencerobohan Ukraine melibatkan mengehadkan hasil industri minyak dan gas dan melemahkan kemampuannya untuk membiayai perang.

Trump pada Januari mengancam meningkatkan sekatan terhadap Russia jika Putin enggan menamatkan perang di Ukraine.

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent memberitahu Bloomberg, Russia mungkin mendapat pelepasan ekonomi, bergantung kepada rundingan yang dipersetujui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya