AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico - Utusan Malaysia

AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.

Beliau menegaskan rundingan sudah tamat dah tiba masanya untuk melaksanakan tarif tersebut.

Keputusan itu menyaksikan pasaran saham AS terus merosot sejak awal tahun ini.

Tarif tambahan sebanyak 10 peratus terhadap barangan import dari China juga dijangka dikuatkuasakan, menyaksikan negara itu beserta Kanada dan Mexico berdepan kekangan pedagangan tertinggi hanya dalam tempoh beberapa minggu lalu.

“Tiada lagi ruang untuk Mexico atau Kanada. Tarif itu sudah ditetapkan dan akan dilaksanakan,” kata Trump.

Presiden AS itu sebelum ini mengancam untuk mengenakan tarif berkenaan selepas mendakwa Kanada dan Mexico tidak mengawal kes penyeludupan dadah serta kemasukan pendatang ke negara ini.

AS pada bulan lalu sudah pun mengenakan tarif 10 peratus terhadap China, menyaksikan semua barangan dari negara itu kini berdepan levi sekurang-kurangnya 20 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya