WASHINGTON: Presiden Amerika Sarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau mahu berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin esok (18 Mac) bagi berunding menamatkan perang di Ukraine.
“Saya akan bercakap dengan Putin pada Selasa ini. Banyak kerja yang sudah dilakukan pada hujung minggu lalu dan sudah tiba masanya saya bercakap dengan Putin.
“Kita mahu lihat sama ada kita boleh menamatkan perang yang berlaku. Mungkin kita boleh dan mungkin tidak tapi kami mempunyai peluang yang baik,” katanya.
Trump Ketika ini cuba ‘memujuk’ Putin supaya bersetuju melaksanakan gencatan enjata selama 30 hari dengan Ukraine, sekali gus mengakhiri perang yang tercetus sejak 2022.