Akaun bank kosong selepas diisytihar 'mati', wanita tuntut pampasan RM28.7 juta - Utusan Malaysia

Akaun bank kosong selepas diisytihar ‘mati’, wanita tuntut pampasan RM28.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita menuntut pampasan sebanyak 5 juta pound (RM28.7 juta) dari sebuah bank koperasi selepas secara tidak sengaja mendaftarkannya sebagai sudah meninggal dunia.

Masithokoze Moyo yang dilaporkan terkejut dan malu akibat insiden tersebut tidak dapat mengakses wangnya selama beberapa minggu.

Pasportnya turut dibatalkan selepas bank koperasi tersebut mendaftarkan dirinya sebagai meninggal dunia ketika dia cuba menutup akaun banknya. Keadaan ini hanya disedari oleh Masithokoze apabila bayaran mingguan menggunakan kad kreditnya di pasaraya Sainsbury ditolak.

Wanita berusia 45 tahun itu menghubungi bank untuk memindahkan akaunnya ke bank Santander selepas menjadi pelanggan selama 21 tahun namun operator telefon tersebut menandakan Masithokoze sebagai sudah meninggal dunia.

Pihak pemiutang Masithokoze telah dimaklumkan tentang kematiannya dan dia turut diberikan nombor sijil kematian. Akibat kesilapan ini, Masithokoze terpaksa meminjam wang daripada jiran dan skor kreditnya kini menjadi sifar.

“Pada 5 Februari, saya menghubungi koperasi untuk membatalkan debit langsung bagi memindahkan akaun semasa saya ke Bank Santander. Saya memiliki 11 debit langsung dengan koperasi ini dan semuanya berjaya dibatalkan, tetapi selepas bercakap dengan ejen, dia menandakan sebab sebagai ‘meninggal dunia’.”

“Koperasi kemudian mula menghantar surat kepada pemiutang bahawa saya telah meninggal dunia. Pemiutang utama saya adalah kad kredit Vanquis, di mana pada 12 Februari ia ditolak di pasaraya Sainsbury.

“Saya memiliki empat kad kredit dan semuanya ditolak. Rasa malu apabila semua kad kredit saya ditolak dan ia adalah pengalaman yang sangat buruk,” katanya.

Masithokoze, yang bekerja dengan Jabatan Kerja dan Pencen (DWP) dan memiliki syarikat jet peribadi menghabiskan masa selama 16 hari untuk menghubungi pembekal kad kreditnya sebelum dapat mengakses semula akaunnya pada 12 Februari.

Selepas lesen memandu dan pasportnya dibatalkan, dia juga terpaksa membatalkan percutiannya ke Afrika Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya