6.7 juta populasi dunia tiada tempat tinggal penghujung 2026

6.7 juta populasi dunia tiada tempat tinggal penghujung 2026

SUDAN menjadi antara negara paling banyak penduduknya bakal kehilangan tempat tinggal menjelang 2026. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Dianggarkan sebanyak 6.7 juta orang lagi di seluruh dunia bakal kehilangan tempat tinggal menjelang penghujung tahun 2026 ketika pemotongan dana bantuan daripada negara-negara utama dilaksanakan.

Setiausaha Agung Majlis Pelarian Denmark, Charlotte Slente menerusi kenyataan berkata, statistik itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan banyak keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman dan negara mereka dengan tangan kosong.

“Tahun lalu, jumlah orang yang terpaksa meninggalkan kediaman dan negara mereka di seluruh dunia adalah seramai 117 juta dan angka itu boleh meningkat mendadak.

“Sebanyak 27 buah negara menyumbang hampir satu per tiga daripada semua anjakan global.

“Unjuran ini berdasarkan model yang dipacu kecerdasan buatan (AI) yang meramalkan arah aliran dengan menganalisis lebih 100 petunjuk, termasuk keselamatan, politik dan ekonomi di sesebuah negara,” kata Slente

Model itu meramalkan hampir satu per tiga daripada perpindahan populasi akan datang dari Sudan yang ketika ini sudah pun berdepan krisis pelarian terburuk dunia.

Seramai 1.4 juta lagi orang dijangka dipindahkan secara paksa dari Myanmar, menurut kenyataan itu.

Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump memotong bilion dolar dalam program bantuan kemanusiaan di seluruh dunia sebagai usaha negara itu memulihkan perbelanjaannya.
AS menjadi satu daripada negara penyumbang terbesar dunia.

Menurut PBB, kekurangan pembiayaan mengakibatkan banyak program yang melindungi remaja dan kanak-kanak perempuan daripada perkahwinan awal di Sudan Selatan ditutup.

“Berjuta-juta orang menghadapi kebuluran dan perpindahan secara paksa dan ketika mereka amat memerlukan bantuan kita, negara-negara kaya menghentikan bantuan.

“Itu merupakan satu pengkhianatan kepada golongan yang paling memerlukan,” kata Slente.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya