50,000 penduduk Gaza syahid angkara Israel - Utusan Malaysia

50,000 penduduk Gaza syahid angkara Israel

SEORANG warga emas meratapi kematian ahli keluarganya yang terbunuh akibat pengeboman Israel di Beit Lahia di utara Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza semalam, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kementerian itu memaklumkan, seramai 61 lagi mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan akibat serangan Israel kini mencecah 113,274 orang.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kementerian itu.

Setakat ini, lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,200 cedera dalam serangan udara mengejut oleh Israel di Gaza sejak Selasa lalu, sekali gus melanggar gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya