40 peratus dugong di Thailand kurang berat badan

40 peratus dugong di Thailand kurang berat badan

dugong
GAMBAR diambil pada 27 Disember 2024 menunjukkkan sekumpulan dugong berhampiran pantai Panwa di Phuket, Thailand. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hampir 40 peratus dugong yang terdampar di Thailand tahun lalu mengalami kekurangan berat badan.

Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai (DMCR), keadaan itu berpunca terutama akibat kekurangan rumpai laut sebagai sumber utama makanan spesies tersebut.

Januari lalu, DMCR dan Tabung Alam Sedunia (WWF) Thailand menjalankan tinjauan untuk menilai krisis dugong di sepanjang pantai Andaman.

Hasil kajian menunjukkan keadaan ekosistem lautan yang kritikal, dengan banyak padang rumpai laut di Trang, Krabi dan Phuket mengalami kemerosotan teruk.

Akibatnya, banyak dugong terpaksa berpindah dari kawasan pemakanan semula jadi mereka, dengan jumlah dugong yang terdampar meningkat pada kadar membimbangkan.

Laporan itu menyatakan, punca kemerosotan rumpai laut masih belum jelas, walaupun beberapa faktor kemungkinan menyumbang kepada masalah, seperti pengumpulan sedimen, pencerobohan pantai, kenaikan suhu laut dan kesan pemangsa rumpai laut.

Sesetengah spesies rumpai laut sukar untuk pulih dengan cepat.

Dari tahun 2023 hingga 2024, purata jumlah dugong yang terdampar meningkat kepada 42 berbanding 20 dari tahun 2019 hingga 2022.

Pengarah Pemuliharaan Sumber Marin dan Pantai WWF Thailand, Eknarin Ariyavongvivat berkata, kira-kira 40 peratus daripada jumlah tersebut mengalami kekurangan zat makanan.

Laporan itu juga mendedahkan penurunan kadar kelahiran, daripada sembilan peratus antara 2020 hingga 2023 kepada hanya tiga peratus pada tahun lalu, kata Eknarin.

“Tinjauan ini meningkatkan pemahaman kami mengenai situasi tersebut dan menekankan keperluan untuk strategi pemuliharaan jangka pendek dan panjang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya