150 rakyat Palestin dibunuh Israel sejak gencatan senjata

150 rakyat Palestin dibunuh Israel sejak gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lebih 150 rakyat Palestin dibunuh oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, termasuk 40 orang dalam dua minggu terakhir ini, lapor Anadolu yang memetik Pejabat Media Gaza.

Menurut kenyataan pejabat tersebut, Zionis sengaja meningkatkan jenayah lapangan terhadap orang awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan mensasarkan rakyat Palestin yang mengumpul kayu api atau memeriksa rumah mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas serangan udara Israel terhadap Beit Lahia di utara Gaza, yang mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk wartawan dan pekerja bantuan kemanusiaan.

Mengutuk serangan itu seba­gai ‘genosid kejam’, Pejabat Me­dia Gaza menuduh Israel meningkatkan pencerobohannya di tengah-tengah laporan peningkatan arahan ketenteraan daripada kepimpinan Israel.

Pejabat itu menolak justifikasi Israel, dengan menyatakan rakyat Palestin yang disasarkan adalah orang awam yang bekerja di kawasan perlindungan, menjalankan dokumentasi media untuk sebuah organisasi amal.

Menurut pejabat itu, Mah­kamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mesti men­gambil tindakan segera terhadap jenayah perang Israel, termasuk yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kementerian Kesihatan Palestin juga mengesahkan beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Indonesia di utara Gaza selepas serangan itu.

Pusat Perlindungan Wartawan Palestin turut mengesahkan antara yang terbunuh termasuk tiga wartawan yang sedang mendokumentasikan usaha bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam.

Serangan ini adalah sebahagian daripada siri pelanggaran gencatan senjata oleh Israel walaupun gencatan senjata itu sudah diatur oleh Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat (AS).

Ketika ini, Israel, Hamas dan AS masih belum memuktamadkan lanjutan gencatan senjata biarpun rundingan cuba dilakukan dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya