BAHIA BLANCA, Argentina: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan ratusan yang lain hilang tempat tinggal selepas bandar Pelabuhan ini ‘musnah’ akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir.
Dua kanak-kanak perempuan yang masing-masing berusia empat dan setahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan banjir.
Banjir yang berlaku menyebabkan beberapa kemudahan dinaiki air, termasuk hospital dan perumahan, selain menyaksikan bekalan elektrik terputus.
Keadaan itu menyebabkan jumlah kematian meningkat kepada 13 orang berbanding 10 pada Jumaat lalu.
Sehubungan itu, pejabat Datuk Bandar Bahia Blanca menjangkakan jumlah korban boleh meningkat dalam masa terdekat.
Hujan lebat melanda bandar dengan populasi 350,000 itu pada Jumaat lalu selama lapan jam. – AFP