1,051 kes salah guna AI libat pelajar universiti Scotland

1,051 kes salah guna AI libat pelajar universiti Scotland

1,051 kes salah guna AI direkodkan pada 2023-2024, berbanding 131 insiden pada 2022 hingga 2023 dalam kalangan pelajar universiti di Scotland. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURGH: Lebih 1,000 kes salah laku akademik melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar di beberapa universiti di Scotland direkodkan, tahun lalu.

Angka mengejutkan yang dikeluarkan oleh universiti Scotland itu menunjukkan peningkatan 700 peratus dalam penggunaan AI, daripada 131 insiden pada 2022 hingga 2023 kepada 1,051 pada dua tahun lepas.

Data yang diperoleh melalui undang-undang kebebasan maklumat itu sekali gus mencetuskan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai teknologi tersebut.

Jurucakap pendidikan Konservatif Scotland, Miles Briggs menyifatkan trend tersebut ‘sangat membimbangkan’ dan memberi amaran ia mungkin ‘permulaan’ kepada masalah yang lebih besar.

Walaupun AI dapat meningkatkan kecekapan universiti dengan menyelesaikan tugas pentadbiran dalam masa singkat, terdapat kebimbangan mengenai pelajar yang menggunakan ChatGPT untuk plagiarisme.

Beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Abertay di Dundee memperkenalkan ‘penggunaan AI’ sebagai kategori salah laku pada 2023 dan mengesahkan 342 aduan tahun lalu.

Universiti Stirling, yang menambah kategori khusus dalam prosedurnya sebelum tahun akademik 2023-2024, turut mengesahkan 200 aduan sejak itu.

Universiti Robert Gordon di Aberdeen menangani 116 insiden pada 2023-2024, manakala 113 kes disahkan di Universiti Glasgow Caledonian.

Selain itu, Universiti Glasgow menerima 130 laporan tahun lalu, dengan 86 daripadanya dikenakan penalti, walaupun tidak semua berkaitan dengan penyalahgunaan AI.

Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Kelayakan Scotland mendapati ramai guru dan pensyarah percaya penilaian di sekolah serta kolej perlu dirombak susulan peningkatan penggunaan AI.

Tinjauan terhadap 1,000 pelajar sarjana muda di beberapa universiti British menunjukkan peningkatan mendadak dalam penggunaan AI generatif sepanjang lalu, dengan 88 peratus responden mengaku menggunakan ChatGPT untuk penilaian mereka, meningkat 53 peratus dalam tempoh 12 bulan sebelumnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya