WASHINGTON: Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengejutkan dunia dengan menyiarkan video janaan kecerdasan buatan (AI) menggambarkan Gaza bertukar menjadi pusat peranginan tepi laut, penuh dengan patung emas dirinya. Video yang mendapat lebih 29 juta tontonan di Instagram dan dikongsi beribu-ribu kali di rangkaian Truth Social Trump menjelang petang Rabu, mendorong beberapa pengulas mempersoalkan sama ada akaun Presiden AS itu telah digodam. Klip 33 saat itu kekal di akaun Trump tanpa penafian atau penarikan balik beberapa jam selepas siaran awal pada malam Selasa lalu. BAYANGAN RIVIERA…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya