LONDON: Britain menjadi negara pertama memperkenalkan undang-undang terhadap alat kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk menghasil imej penderaan seksual. Menteri Dalam Negeri, Yvette Cooper berkata, kerajaan akan melarang pemilikan, mencipta atau mengedar alat AI yang direka untuk menghasilkan imej seksual kanak-kanak. Dalam pengumuman yang dibuat kelmarin, beliau menegaskan hukuman penjara sehingga lima tahun boleh dikenakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut. Ia turut merangkumi kesalahan memiliki ‘manual pedofilia’ berasaskan AI, yang mengajar individu cara menggunakan teknologi itu untuk melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun. “Kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya