KAMPALA: Uganda memulakan ujian vaksin pertama virus Ebola , empat hari selepas satu kes wabak itu disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini merupakan kali keenam Uganda dilanda wabak virus Ebola, yang mana sebelum ini tiada vaksin diluluskan. Daripada lima varian Ebola, hanya satu mempunyai vaksin berlesen. Epidemik Ebola telah membunuh lebih 11,300 orang di Afrika barat antara 2013 dan 2016. WHO memaklumkan menyokong pihak berkuasa kesihatan Uganda dalam menyediakan ujian itu beberapa hari selepas seorang jururawat lelaki berusia 32 tahun meninggal dunia akibat Ebola di Kampala. “Ujian vaksin ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya