WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif melarang atlet transgender wanita daripada bertanding dalam kategori sukan wanita. Perintah tersebut yang berkuat kuasa serta-merta menetapkan garis panduan, peraturan serta tafsiran undang-undang, selain memberi kuasa kepada Jabatan Pendidikan AS untuk menyiasat sekolah-sekolah yang disyaki melanggar arahan berkenaan. Parti Republikan menyokong langkah itu dengan alasan mahu mengembalikan keadilan dalam sukan, namun kumpulan advokasi LGBT dan pertubuhan hak asasi manusia menyelar tindakan tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi. Dalam sidang taklimat bersama wartawan pagi tadi, pegawai kanan Rumah Putih menjelaskan perintah eksekutif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya