WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kemungkinan melanjutkan penangguhan selama 75 hari terhadap undang-undang larangan TikTok. Dalam satu sidang media di Pejabat Oval semalam, Trump menyatakan keyakinan untuk mencapai persetujuan bagi penjualan aplikasi yang dimiliki syarikat China itu kepada sebuah syarikat AS dan mendapatkan kelulusan daripada syarikat induknya, ByteDance serta kerajaan China. Setelah memegang jawatan pada 20 Januari lalu, Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang tersebut selama 75 hari. Apabila ditanya sama ada tarikh akhir itu semakin hampir, Trump menjawab: “Saya mempunyai masa 90 hari bermula dua minggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya