WASHINGTON: Presiden Donald Trump dijangka menghentikan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dengan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta meneruskan pembekuan dana untuk Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), dakwa pegawai Rumah Putih semalam. Langkah itu bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Washington, yang sekian lama mengkritik UNRWA dengan menuduh agensi tersebut menghasut anti-Israel dan kakitangannya terlibat dalam aktiviti keganasan. Penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021, Trump pernah mengambil tindakan sama dengan memotong dana kepada UNRWA, mendakwa agensi itu tidak lagi relevan, selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya