TOKYO: Polis Jepun menahan tiga remaja yang didakwa menggunakan chatbot kecerdasan buatan (AI), ChatGPT, untuk membuat kontrak telefon mudah alih palsu dan mengakses rangkaian secara haram. Media tempatan melaporkan, tiga remaja berusia 14, 15, dan 16 tahun itu didakwa membangunkan program menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan kontrak palsu dan menggodam rangkaian telefon, Rakuten Mobile. Suspek juga dikatakan membeli maklumat kad kredit, ID dan kata laluan orang ramai secara haram di internet yang kemudiannya digunakan dalan program AI untuk mencipta kontrak palsu, menurut laporan itu. Jurucakap polis memberitahu AFP, dua daripada remaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya