KABUL: Taliban bertindak menggantung operasi satu-satunya stesen radio wanita di Afghanistan selepas menyerbu premisnya, sekali gus memperhebat sekatan terhadap peranan wanita dalam masyarakat sejak kumpulan itu mengambil alih kuasa pada 2021. Stesen Radio Begum di Kabul yang dikendalikan oleh wanita dan memfokuskan pendidikan golongan tersebut melaporkan, pegawai daripada Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Taliban telah menahan kakitangannya ketika menggeledah premis berkenaan. “Pegawai telah merampas komputer, fail dan telefon bimbit kakitangan Begum, termasuk wartawan wanita, serta menahan dua pekerja lelaki yang tidak memegang sebarang jawatan pengurusan,” kata stesen itu dalam satu kenyataan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya